“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”
(Surah Ar-Rum ayat 21)
Kita selalu dengar kisah tentang isteri nusyuz dan sebagainya tetapi kita jarang dengar akan suami nusyuz. Jadi apakah disebabkan si suami menjadi suami yang nusyuz?
Jom kita lihat satu persatu
Tidak Menyediakan Nafkah Zahir dan Batin
Suami menjadi nusyuz apabila tidak menyediakan zahir dan batin, suami tidak menyediakan nafkah zahir seperti rumah, pakaian, makan minum dan sebagainya. Sehinggakan isteri akan rasa terabai dan keluarga tidak terjaga sehingga terlibat dalam masalah sosial.
Menyakiti Isteri
Menyakiti isteri bermaksud adalah penderaan yang berlaku. Penderaan dan pendidikan adalah perkara berbeza, penderaan bermaksud menggunakan kekerasaan sehingga mendapat kecederaan dan boleh menjadi kecacatan kekal.
Mengabaikan Isteri
Maksud mengabaikan isteri bermaksud tidak berkomunikasi dan tidak langsung mempedulikan langsung tentang isteri seperti tidak melayan mereka seperti isteri.
Tidak Menghormati Isteri
Tidak menghormati isteri seperti menceritakan segala keaiban yang sehingga isteri rasa malu. Walaupun hanya bercerita tentang isteri tidak pandai memasak.
Tidak adil terhadap isteri
Kita selalu dengar akan tidak adil pada poligami tetapi di dalam artikel ini kita cuba menyentuh tentang ketidakadilan untuk suami yang tidak berpoligami sebagainya contoh si suami terlalu meluangkan masa dan sebagainya bersama kawan atau keluarganya sehinggakan mengabaikan isteri.
Apabila kita melihat faktor-faktor ini boleh menyebabkan satu keluarga ini hura hara. Apabila keluarga itu hura hara, anak-anak akan terabai dan ini akan menyebabkan anak-anak terdedah dengan masalah sosial seperti seks bebas, lumba haram dan sebagainya.
Bagaimana pula isteri nak tangani suami nusyuz?
1. Seorang isteri hendaklah bersabar dan menasihati suaminya dengan cara yang baik seperti mengingatkan suami tentang tanggungjawabnya dan patuh pada perintah agama.
2. Membuat perdamaian bersama suami dengan meminta bantuan orang tengah seperti ahli keluarga atau sahabat yang mampu membantu menyelesaikan masalah.
3. Isteri membuat pengakuan kepada pihak mahkamah sekiranya masalah masih tidak dapat diselesaikan.