RM0.00
0
agent dropship malaysia
Agent Dropship Malaysia: Join Program Dropship Kami!

Sejak perkembangan e-pemasaran kebelakangan ini, bisnes dropship semakin popular di Malaysia dan banyak bisnes di luar sana menggunakan servis agent dropship Malaysia.

Dengan kehadiran e-pemasaran ini, semakin ramai mencari jalan untuk memulakan bisnes online. Namun, masih lagi ramai yang tidak tahu caranya.

Kalau anda salah satu daripada orang ini, jangan risau. Program Dropship Kumpulan Rimbunan ada untuk menyediakan alternatif untuk anda!

Teruskan membaca artikel ini untuk ketahui tentang program agent dropship Malaysia Kumpulan Rimbunan dengan lebih lanjut!

Kenapa Anda Perlu Join Program Dropship Kumpulan Rimbunan?

agent dropship malaysia

Program Dropship Kumpulan Rimbunan adalah program dropship yang diwujudkan bagi memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk menjana pendapatan tambahan.

Produk utama rimbunanmall.com adalah buku-buku terbitan anak syarikat Kumpulan Rimbunan:

  • Rimbunan Ilmu Sdn Bhd
  • Rimbunan Islamik Media Sdn Bhd
  • Rimbunan Publishing House Sdn Bhd.

Rimbunan Mall mempunyai lebih 300 produk berkualiti yang terdiri daripada Al-Quran, buku KAFA, buku kanak-kanak, buku motivasi islamik dan buku agama.

Model perniagaan agent dropship Malaysia Rimbunan Mall terbahagi kepada 5 langkah mudah, iaitu:

1. Anda memasarkan produk kami kepada pelanggan anda

  • Produk-produk ini terdiri daripada Al-Quran, buku KAFA, buku kanak-kanak, buku motivasi islamik dan buku agama terbitan syarikat Kumpulan Rimbunan.

2. Pelanggan anda membuat pembelian produk daripada kedai anda

  • Contoh: Pelanggan anda membeli produk terbitan Kumpulan Rimbunan dari anda dengan harga runcit RM28.

3. Anda membuat pesanan dan pembelian pelanggan anda di Rimbunanmall.com

  • Anda membeli pesanan pelanggan anda di rimbunanmall.com dengan harga RM16.80
  • Dengan ini, anda akan untung sebanyak 40% dari harga runcit!

4. Pihak Kumpulan Rimbunan membungkus dan menghantar pesanan yang dibuat kepada pelanggan anda

  • Selepas anda membuat pesanan pelanggan anda di rimbunanmall.com, kami akan bungkus dan hantar pesanan tersebut terus ke pelanggan anda.

5. Pelanggan anda menerima pesanan!

  • Pesanan akan dihantar oleh kurier kepada pelanggan anda dalam masa satu hari (hari seterusnya) bagi penghantaran Semenanjung Malaysia dan lebih kurang 2-3 hari bagi penghantaran ke Sabah/Sarawak.

Mudah sahaja kan? Anda juga tidak perlu menyimpan stok dan hanya perlu memasarkan produk Kumpulan Rimbunan di mana-mana saluran mengikut keselesaan anda.

Apa yang anda perlukan sahaja adalah komputer atau sebuah telefon pintar untuk memasarkan segala produk yang ada di rimbunanmall.com.

Jenis Program Dropship Kumpulan Rimbunan

agent dropship malaysia

Bagi mereka yang berminat untuk menjadi agent dropship Malaysia Kumpulan Rimbunan dan ingin menjana pendapatan tambahan, di bawah adalah jenis-jenis program yang ditawarkan untuk anda.

1. Basic

Yuran bagi program agent dropship Malaysia Rimbunan Mall basic adalah RM20. program dropship ini sesuai bagi para pelajar yang ingin menjana pendapatan tambahan.

Anda juga akan mendapat 15% margin untuk Tajuk Buku Utama, 15% margin untuk Buku Premium, dan 10% margin untuk Buku Baharu.

Anda juga akan menerima kelebihan seperti kumpulan sokongan serta siri latihan berkala.

2. Advance

Yuran bagi program agent dropship Malaysia Rimbunan Mall advance pula adalah RM30. program dropship ini sesuai bagi peniaga yang ingin mencari pendapatan sampingan.

Anda akan mendapat 25% margin untuk Tajuk Buku Utama, 20% margin untuk Buku Premium, 20% margin untuk Buku Baharu dan 40% margin untuk Produk Penghabisan Stok (wholesale).

Anda juga akan menerima kelebihan seperti kumpulan sokongan, siri latihan berkala, pengiklanan percuma & bahan pemasaran, insentif, ganjaran dan program kesetiaan, KIT Dropship serta pautan affiliate Tiktok.

3. Pro

Bagi mereka yang melepasi target jualan dan keuntungan iaitu berjaya mengumpul sebanyak 8,000 order akan dinaik taraf sebagai pro secara automatik!

Yuran bagi program agent dropship Malaysia Rimbunan Mall pro pula adalah RM100. Program dropship ini sesuai bagi pengedar yang berpengalaman.

Anda akan mendapat 35% margin untuk Tajuk Buku Utama, 25% margin untuk Buku Premium, 25% margin untuk Buku Baharu dan 50% – 90% margin untuk Produk Penghabisan Stok (wholesale).

Sebagai agent dropship Malaysia Pro, anda juga akan menerima kelebihan seperti kumpulan sokongan, siri latihan berkala, pengiklanan percuma & bahan pemasaran, insentif, ganjaran dan program kesetiaan, KIT Dropship, pautan affiliate Tiktok dan penghantaran percuma (tertakluk kepada terma dan syarat).

Kesimpulannya, Program Agent Dropship Malaysia Kumpulan Rimbunan menyediakan program dropship yang memberi peluang kepada usahawan di Malaysia untuk mulakan bisnes online tanpa modal mencecah tiga angka.

Hanya ambil order dari pembeli dan seterusnya kami di Program Dropship Kumpulan Rimbunan akan menyediakan buku mengikut order. Mudah, kan?

rimbunan mall logo

Rimbunan Mall ini juga dipelopori oleh satu pasukan yang hebat, berkaliber serta kreatif bagi membentuk perniagaan dropship terkemuka di seluruh Malaysia khasnya.

Berkonsepkan perniagaan atas perniagaan (B2B) membolehkan ramai pihak di luar sana menjalankan perniagaan dengan kami untuk mendapatkan keuntungan sewajarnya.

Rimbunan mall menjanjikan perkhidmatan terbaik, produk berkualiti, pengurusan sistematik serta pendapatan yang lumayan demi kepuasan pengalaman pelanggan berurusan dengan kami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *