0
RM0.00
0
buku cerita
7 Buku Cerita Best & Wajib Beli Di Rimbunan Mall!

Buku cerita merupakan buku yang banyak memberi inspirasi pada pembaca. 

Sebagai pencinta buku cerita, atau juga dikenali sebagai bibliofil, mengunjungi kedai-kedai buku yang menarik pasti menjadi rutin di hujung minggu. 

Suasana yang terdapat di kedai buku dapat membuatkan kita seolah-olah berada di dunia sendiri bukan?

Melawat dan melihat sesuatu tempat yang dipenuhi dengan timbunan pelbagai buku adalah perasaan yang sangat mengujakan. 

Bukan itu sahaja, bau buku juga memberi perasaan euforia kepada pencinta buku. 

Walaupun terdapat banyak buku cerita yang sudah diterbitkan dengan pelbagai jenis genre, adalah sangat penting untuk kita membaca buku yang bersumber baik dan berkualiti. 

4 Ciri-ciri Buku Cerita Berkualiti

buku cerita kanak kanak

1. Memiliki Tema atau Topik yang Berbeza

Salah satu dari ciri buku yang berkualiti adalah apabila karya yang dicetak dan diterbitkan dalam tema atau topik yang berbeza dari sebelumnya.

Dalam kata lain, topik dalam buku tersebut tidak berulang secara berterus dengan tulisan yang pernah ditulis oleh penulisan. 

Oleh itu, pembaca dapat memperoleh ilmu-ilmu baru yang bermanfaat. 

Dengan adanya topik yang baru ini, pembaca dapat meneroka dan mengetahui perkara yang masih tersembunyi di luar sangat yang mereka belum ketahui. 

2. Tulisan dengan kosa kata yang baru 

Selain itu, buku yang berkualiti juga dapat memberi ilmu baru dengan adanya pelbagai kosa kota dan perkataan yang memberikan erti yang luas dan jelas. 

Sebelum anda membeli buku, pastikan anda membaca ringkasan yang terdapat dibelakang buku untuk menilai sama ada penggunaan kosa kata tersebut adalah bagus atau tidak. 

3. Bebas dari plagiat

Seperti yang kita ketahui, plagiat adalah masalah hak cipta yang besar dalam penulisan dan penerbitan karya buku. 

Plagiat di sini bermaksud penggunaan atau peniruan sebahagian atau keseluruhan karya orang lain tetapi mengakui karya tersebut sebagai usahanya sendiri. 

Plagiarisme ini menjadi salah satu petunjuk kualiti buku itu. 

Pastikan buku yang anda beli dan baca adalah bebas dari plagiat. 

4. Informasi yang terkini 

Ciri-ciri buku yang berkualiti harus menyediakan bahan rujukan yang jelas dan informasi terkini. 

Ini bermaksud ia harus menyertakan rujukan dari pelbagai pakar dan penulis yang berkaitan dalam penulisan tersebut. 

Sebarang tuntutan atau kenyataan yang berkaitan dengan fakta hendaklah dirujuk untuk memastikan kredibiliti maklumat tersebut. 

Pada zaman digital sekarang, anda bukan sahaja boleh dapat buku di kedai fizikal sahaja. 

Malah, anda juga boleh dapatkan ia secara online. 

Adakah anda tercari-cari buku yang menarik untuk dibaca? 

Teruskan membaca artikel ini!

7 Buku Cerita Best Rimbunan Mall

1. Koleksi Buku Pink 

buku pink

Koleksi Buku Pink adalah khas untuk ibu mengandung dan para bakal ibu. 

Tiga buah buku yang bertajuk Cerita-Cerita Ibu Mengandung, Lagi Cerita-Cerita Ibu Mengandung, dan Cerita-Cerita Ibu Mengandung Lagi? telah membentuk koleksi ini. 

Naskah ini berkongsi banyak cerita, pengalaman para petugas kesihatan mengendalikan kehamilan dan kelahiran. 

Ia mengandungi unsur suspens, lucu, menyedihkan dan juga menggembirakan. 

Anda boleh dapatkan info dan kupasan isu serta salah faham semasa mengenai kehamilan dan kelahiran dari koleksi Buku Pink ini. 

2. 365 Cerita & Aktiviti Kanak-Kanak Islamik 

buku cerita kanak kanak

Anda kehabisan idea mencari bahan bacaan untuk anak anda?

Buku ini sangat sesuai untuk mereka!

Buku ini dapat mendidik kanak-kanak untuk memiliki akhlak seperti yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. 

Kandungan buku ini meliputi kisah teladan, aktiviti, pantun dan komik menarik. 

Terdapat juga ayat-ayat al-Quran dan doa yang boleh dihafal. 

Dengan memiliki buku ini, para ibu bapa tidak perlu risau memikirkan bahan bacaan untuk anak-anak untuk sepanjang tahun. 

3. Buku Cerita Kembara Raikal 

buku cerita kanak kanak

Buku ini mengisahkan seorang kanak-kanak lelaki bernama Raikal yang mencapai impiannya. 

Raikal berimpian untuk merasai sendiri setiap pengalaman yang diceritakan atuknya. 

Pengembaraan Raikal membawa dia merentas zaman dan masa. 

Buku ini sangat sesuai untuk dibaca oleh anak-anak yang ingin memperluas wawasannya tentang budaya di pelbagai negara. 

4. Tahniah! Anda Bakal Ibu 

buku panduan ibu mengandung

Buku ini memuatkan pelbagai tips dan panduan pengurusan kehamilan, bersalin, dan berpantang kali pertama buat bakal ibu. 

Ia merangkumi pengurusan emosi, diet, tubuh badan dan penampilan, gejala alahan, serta keperluan penting untuk bersalin. 

Perkongsian buku ini telah diolah dengan bahasa mudah difahami bagi memudahkan kefahaman pembaca. 

5. Ibn Zuhr: Ahli Perubatan dan Pakar Jantung

buku islamik

Buku ini adalah biografi yang menceritakan tentang pakar jantung terkemuka.

Beliau juga bertanggungjawab mengasaskan pusat latihan kedoktoran atau sekolah perubatan pertama di Sepanyol.

6. Buku Cerita Apabila Iblis Berbisik buku islamik

Buku ini telah dihasilkan sebagai peringatan buat masyarakat hari ini terutamanya umat Islam agar tidak mudah tertipu oleh muslihat iblis. 

Ia juga merangkumi pelbagai bentuk tipu daya iblis beserta penjelasan tentang jalan penyelesaian yang harus kita turuti. 

Semoga kupasan dan penjelasan yang berlandaskan al-Quran dan Sunnah ini dapat kita jadikan sebagai panduan apabila berhadapan dengan bisikan iblis. 

7. Analogi Qurani 

buku islamik

Analogi Qurani menghimpun kiasan dan perumpamaan yang diketengahkan oleh ayat-ayat suci al-Quran. 

Ayat-ayat al-Quran ini merangkumi persoalan pelbagai aspek kehidupan manusia, antaranya akidah, akhlak, dan pemikiran. 

Adakah anda tertarik dengan buku-buku tersebut?

RimbunanMall.com adalah sebuah kedai buku atas talian yang menawarkan produk-produk pembelajaran dan alat bantuan belajar daripada peringkat pra-sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah sehingga dewasa. 

RimbunanMall juga membuka peluang bisnes (B2B) melalui program dropship yang membolehkan ramai pihak di luar untuk membina karier dan menjalankan perniagaan dalam industri buku dan penerbitan. 

Rimbunan Mall menjanjikan perkhidmatan terbaik, produk berkualiti, pengurusan sistematik serta pendapatan yang lumayan demi kepuasan pengalaman pelanggan yang berurusan dengan mereka. 

Untuk maklumat lebih lanjut, lawati laman web rasmi Rimbunan Mall sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

X