RM0.00
0
buku cerita online
10 Buku Cerita Online Yang Bermanfaat Masa Lapang Anda

Membaca adalah satu amalan yang amat dituntut dalam ajaran agama Islam. Kita boleh menimba ilmu daripada pelbagai bahan bacaan seperti buku cerita online.

Selaras dengan petikan ayat Al-Quran daripada surah Al-Alaq yang menggalakkan manusia untuk membaca.

Jadi, apakah buku cerita online yang menarik, berfaedah serta boleh dibaca oleh pelbagai lapisan masyarakat? 

Jangan risau! 

Kami akan kongsikan bersama anda 10 buku cerita online yang anda boleh dapati di laman web Rimbunan Mall.

 

10 Buku Cerita Online Di Rimbunan Mall

Agama:

      1. Biografi Muhammad Bin Abdullah – Rasul Agung Idola Sepanjang Zaman

    buku cerita online

    Buku pertama iaitu Biografi Muhammad Bin Abdullah – Rasul Agung Idola Sepanjang Zaman mempunyai 5 jilid. 

    Setiap jilid terbahagi kepada tema tersendiri. Ini bertujuan untuk memastikan pembaca memahami intisari buku dengan lebih tepat dan mendalam. 

    Menariknya buku ini, ia lengkap dengan ilustrasi peristiwa dan peta mengikut sejarah terdahulu. 

    Setiap ilustrasi ini mencatatkan perjuangan Rasulullah dalam menjalani ibadah Baginda di Tanah Arab. 

    Di samping itu, buku ini juga disertakan ayat-ayat al-Quran dan hadis sahih bagi menyokong fakta yang ada di dalam buku. 

        1. Rahsia Surah Al-Mulk

      rahsia surah al mulk

      Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, daripada Rasulullah SAW, baginda bersabda, ‘’Sesungguhnya ada satu surah dalam Al-Quran sebanyak tiga puluh ayat yang dapat memberikan syafaat kepada pemiliknya (orang yang membacanya), orang itu akan diampuni dosanya, iaitu surah al-Mulk.’’

          1. Mencari Tuhan Dalam Ramadhan

        buku cerita online

        Andai ini Ramadan terakhir kita tahun ini, adakah kita akan memanfaatkan dengan sebaiknya?

        Tiada siapa tahu kemungkinan tahun ini adalah tahun terakhir kita menyambut Ramadan.

        Makan, melalui buku ini, penulis cuba mengajak para pembaca kembali bermuhasabah, merenung dan membetulkan kembali salah faham ketika berpuasa Ramadan. 

            1. Tafsir Pimpinan Ar-Rahman

          Buku ini merupakan terbitan bersama JAKIM-Rimbunan Islamik Media Sdn.Bhd. 

          tafsir pimpinan ar-rahman

          Dengan penerbitan edisi kemas kini ini, diharapkan ia menjadi rujukan kebangsaan sebagai terjemahan rasmi tunggal kepada masyarakat.

          Kitab ini satu-satunya kitab tafsir yang diangkat sebagai Tafsir Kebangsaan. Selain itu, teks Al-Quran ini berdasarkan Mushaf Madinah. Di samping itu, gaya bahasanya mudah untuk difahami.

           

          Buku Cerita Kanak-Kanak:

              1. Siri Penyiasatan Cilik

            siri penyiasatan cilik

            Mengisahkan kanak-kanak yang berusia 11 tahun bernama Indra yang suka menyiasat misteri-misteri yang berlaku di kampungnya. 

            Bersama-sama teman karibnya iaitu Kuppan (berbangsa India) dan Cha (berbangsa Cina), mereka sentiasa ada rancangan untuk merungkai sesebuah misteri.

            Walaupun begitu, kadangkala rancangan itu tidak masuk akal dan kerap menyusahkan penduduk kampung.

            Siri ini terdapat 7 jenis buku cerita yang merungkai setiap penyiasatan yang mereka lakukan.

                1. Kembara Raikal

              Raikal adalah seorang kanak-kanak yang hidup pada zaman amat rapat dengan datuknya, dan sering mendengar cerita-cerita tentang zaman kanak-kanak datuknya. 

              Raikal begitu teruja setiap kali mendengar datuknya bercerita, dan berangan-angan mahu merasai sendiri setiap pengalaman yang diceritakan.

              buku cerita online

              Angan-angan Raikal menjadi kenyataan. Tanpa disangka, belon udara panas yang dinaikinya pada tahun 2018, telah terhempas dan membawa dia ke tahun 1973. 

              Pengembaraan Raikal membawa dia merentas zaman dan masa!

                  1. Siri Anak Genius Soleh & Solehah

                Jika anda sedang mencari buku cerita kanak-kanak yang lengkap dengan zikir, doa harian, dan hadis, anda boleh dapatkan koleksi buku Siri Anak Genius Soleh & Solehah. 

                Koleksi buku ini terbahagi mengikut tema seperti yang dinyatakan di atas. Anda boleh rujuk pada gambar di bawah ini bagi setiap tema. 

                buku cerita online

                (Siri Anak Genius Soleh & Solehah: Zikir) 

                 

                buku cerita online

                (Siri Anak Genius Soleh & Solehah: Hadis) 

                 

                buku cerita online

                (Siri Anak Genius Soleh & Solehah: Doa Harian 1)

                 

                buku cerita online

                (Siri Anak Genius Soleh & Solehah: Doa Harian 2) 

                 

                Koleksi buku ini terbahagi kepada 3 tema yang berbeza dengan tujuan untuk memastikan anak-anak mempelajari dan memahami isi buku dengan lebih baik.

                Buku ini dilengkapi dengan bahasa yang mudah dan ringkas mengikut umur kanak-kanak. 

                Jadi, dengan adanya buku ini, anak-anak anda boleh mempelajari ilmu agama pada usia muda.

                 

                Novel

                    1. Assalamualaikum Ustazah

                  Ini himpunan kisah tentang suka dan duka kami dalam melayani aneka ragam anak didik serta warna-warni kehidupan di rumah kedua kami, iaitu sekolah. 

                  Assalamualaikum ustazah

                  Bukan hanya berperanan sebagai penyampai ilmu Pendidikan Islam dan Bahasa Arab, kami juga menggalas tanggungjawab sebagai murabbi tulus dari hati. 

                  Sang Murabbi mendidik anak murid dengan penuh kasih sayang, menasihati dengan berhikmah, menegur kesilapan tanpa mengaibkan serta menunjukkan jalan yang benar kepada mereka.

                  Anak-anak didik adalah aset kami yang berharga. Tinggi impian kami agar mereka bukan sahaja dapat memahami ilmu yang bermanfaat, tetapi dapat juga mengamalkannya dalam kehidupan harian. 

                  Semoga nanti mereka beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat serta menarik tangan kami ke taman syurga.

                      1. The Convert’s Journey

                    Buku ini menampilkan kisah-kisah benar yang diambil daripada pengalaman insan-insan bergelar mualaf disebut naskhah penuh inspirasi oleh dua petugas organisasi

                    Pelbagai pahit getir terpaksa dilalui oleh mualaf-mualaf ini selepas mereka mengucap kalimah tauhid. Ada antara mereka dipulaukan, ada juga yang disakiti bahkan ada juga yang diculik serta dipaksa menjadi murtad.

                    Semoga buku ini juga dapat menjadi inspirasi, pedoman dan iktibar kepada golongan Muslim serta menjadi asbab hidayah buat yang belum Islam. 

                        1. 50 Esei Hari Guru – Rangkuman Esei Bertema 50 Tahun Hari Guru Malaysia (1972-2021)

                      50 esei hari guru

                      Tanpa disedari, negara Malaysia sudah menyambut Hari

                      Guru selama 50 tahun. 

                      Bermula dari tahun 1972 sehingga 2021, pelbagai tema Hari Guru telah dijalankan bagi merealisasikan peristiwa istimewa ini. 

                      Buku ini semestinya menggamit kenangan pada sambutan Hari Guru yang pertama sehingga tahun 2000-an ini. 

                      Lebih menarik lagi, buku ini turut berikan gambaran sistem pendidikan yang dijalankan pada akhir tahun 1900-an itu. 

                      Dengan berkisar peristiwa tersebut, kita seharusnya berbangga dan berterima kasih kepada tenaga pengajar yang banyak mencurah ilmu dan bakti untuk melahirkan generasi muda cerdik dan berwawasan. 

                      Tuntasnya, mulakanlah amalan membaca dengan membaca bahan bacaan yang ringan dan ringkas. 

                      Ini dapat membantu anda untuk menaikkan semangat individu untuk meneruskan bacaan pada peringkat yang lebih tinggi. 

                      kumpulan rimbunan

                      Rimbunan Mall adalah destinasi yang tepat untuk mencari buku-buku agama yang berkualiti dan boleh dipercayai. 

                      Terdapat pelbagai pilihan buku seperti biografi tokoh-tokoh Islam, tafsir Al-Quran, serta buku-buku berkaitan solat dan ibadah lain. 

                      Jangan lepaskan peluang untuk meningkatkan pengetahuan dan pemahaman anda tentang agama dengan melawat laman web Rimbunan Mall sekarang!

                      Leave a Reply

                      Your email address will not be published. Required fields are marked *