RM0.00
0
buku nota padat upkk
Buku Nota Padat UPKK Ada di Rimbunan Mall 

Ibu bapa mestilah menginginkan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak termasuk pendidikan agama. 

Untuk memastikan anak-anak bersedia dengan peperiksaan, semestinya ibu bapa perlu membantu mereka dari segi emosi dan juga terdapat bahan rujukan. 

Antaranya ialah membeli buku-buku latihan sebagai langkah memantapkan pemahaman anak-anak dalam subjek yang mereka lemah. 

Tidak mudah untuk memilih bahan rujukan bagus untuk anak-anak, tetapi jangan risau kami akan membantu anda membuat pilihan yang terbaik. 

Di mana boleh dapatkan buku latihan UPKK? Teruskan membaca artikel ini sehingga habis. 

Apa itu UPKK? 

tips exam

UPKK atau Ujian Penilaian Kelas Kafa ialah peperiksaan bersijil kepada pelajar darjah 5 di sekolah KAFA seluruh Malaysia.

Matlamatnya untuk menilai tahap kemahiran dan kebolehan seseorang pelajar dalam bidang pembacaan, hafazan al-Quran, amali solat, dan amali cara hidup Islam. 

Secara ringkasnya, bidang yang dinilai adalah seperti berikut:

  • Al-Quran dan hafazan
  • Ulum syariah
  • Sirah
  • Akhlak Islamiyah
  • Jawi dan khat
  • Lughatul Quran
  • PCHI
  • Amali solat

Sijil ini juga penting disamping sijil PSRA. Apa kepentingan mengambil UPKK? 

Ia memberi halatuju kepada anak-anak untuk kemasukan ke sekolah-sekolah seperti berikut:

  • Sekolah menengah agama
  • Sekolah menengah kebangsaan yang mengambil KAA (kelas aliran agama)
  • Asrama penuh
  • Sekolah tahfiz

Galakkan Anak Anda Amalkan Teknik 3S Ini 

teknik 3s

Sebagai calon UPKK, debaran kian terasa apabila detik peperiksaan semakin menghampiri waktunya.

Teknik 3S ini berkesan untuk mengurangkan kerisauan dan ketakutan dalam memperolah kejayaan yang cemerlang. 

Apa itu teknik 3S? “Sebelum, Semasa dan Selepas” peperiksaan. 

  • Sebelum

  1. Solat. Mengerjakan solat sunat dua rakaat seperti melakukan solat sunat Dhuha pada setiap pagi dan solat hajat pada malam hari. 
  2. Berdoa. Perbanyakkan berdoa kepada Allah SWT untuk meminta apa-apa hajat yang diinginkan. Jangan lupa untuk meminta ibu bapa dan guru-guru mendoakan kejayaan kita.
  3. Maaf. Merendah diri meminta keampunan daripada ibu bapa dan guru-guru serta rakan-rakan. Apabila kita mendapat restu keampunan, mudah-mudahan Allah SWT akan memudahkan segala urusan dalam pelajaran.
  4. Wuduk. Ambil wuduk sebelum mengulangkaji pelajaran dan menduduki peperiksaan. Apabila berwuduk, kita akan berada dalam keadaan yang bersih dan tenang.
  5. Surah al-Mulk. Membaca surah al-Mulk antara amalan yang patut diterapkan dalam rutin. 
  • Semasa

  • Nota. Pada saat akhir, pelajar hanya perlu membaca nota ringkas dan lengkap tanpa merujuk buku teks.
  • Ambil perhatian. Pelajar mesti mengenal pasti soalan yang sering keluar dan beri perhatian kepada soalan itu.
  • Menulis. Gunakan teknik menulis apa yang diingat tanpa melihat nota bagi memantapkan daya ingatan. Ia dapat merangsang otak untuk mengingati semula apa yang dihafal.
  • Soal jawab. Melakukan sesi soal jawab isi-isi penting secara ringkas sama ada secara lisan atau bertulis.
  • Basmallah. Masuk ke dalam dewan peperiksaan dengan kaki kanan sambil membaca Basmallah.

Doa Mohon Mudah Jawab Soalan

“Wahai Tuhan Yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri Dengan Sendirinya, Dengan rahmatMu aku memohon pertolongan.”

  • Selepas 

  • Berdoa dan bertawakal. Selepas peperiksaan, tawakal dan teruskan berdoa kepada Allah SWT. 
  • Bersangka baik. Manusia mestilah bersangka baik kepada Allah dengan apa yang dilakukan. 

Teruskan membaca artikel ini kerana kami ingin berkongsi tentang dimana anda boleh mendapatkan buku-buku sebagai persediaan peperiksaan.

Tentang Kami Rimbunan Mall 

rimbunan mall

RimbunanMall.com adalah sebuah kedai buku atas talian yang menawarkan produk-produk pembelajaran dan alat bantuan belajar daripada peringkat pra-sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah sehingga dewasa. 

RimbunanMall.com juga membuka peluang bisnes (B2B) melalui program dropship yang membolehkan ramai pihak di luar untuk membina karier dan menjalankan perniagaan dalam industri buku dan penerbitan. 

Selain itu, ia juga menggunakan strategi jualan yang berkonsepkan “dropship” yang diterajui oleh Dato’ Salleh Saidin untuk memajukan perniagaan buku mengikut arus semasa. 

Rimbunan Mall ditubuhkan bagi mengetengahkan produk-produk pembelajaran dan alat bantuan belajar untuk peringkat pra- sekolah, sekolah rendah dah sekolah menengah. 

Rimbunan Mall terdiri daripada satu pasukan yang hebat, berkaliber serta kreatif untuk membentuk perniagaan dropship terkemuka di seluruh Malaysia. 

Rimbunan Mall menawarkan perkhidmatan terbaik, produk berkualiti, pengurusan sistematik demi kepuasan pengalaman pelanggan.

Rimbunan Ilmu UPKK Latih Tubi Set- Best Selling!

buku upkk

Publisher: Rimbunan Ilmu Sdn Bhd

Khas untuk pelajar yang ingin memantapkan lagi kefahaman sebelum menduduki UPKK, anda patut membeli buku ini.

Judul-judul dalam buku ini terdiri daripada:

  • Adab dan Akhlak Islamiyah
  • Akidah dan Ibadah
  • Sirah Rasulullah
  • Lughatul al-Quran
  • Jawi

Mengapa disyorkan untuk persediaan menghadapi UPKK? Koleksi kertas model ini sangat menarik kerana 

  • 5 set koleksi model UPKK beserta set JAWAPAN
  • Bentuk soalan mirip UPKK sebenar
  • Pilihan utama murid-murid yang akan menduduki UPKK
  • Diguna pakai di sekolah-sekolah berkeputusan cemerlang

Anak-anak jika diberikan sokongan seperti menyediakan buku latihan kepada mereka pasti mereka lebih bersemangat.

Kepada anak-anak yang akan menduduki UPKK teruskan belajar bersungguh-sungguh dan banyakkan latihan untuk cemerlang.

Selain daripada buku rujukan UPKK ini, anda juga boleh mendapatkan pelbagai buku yang menarik.

Kami komited untuk menghantar buku-buku terbaik dalam keadaan terbaik untuk memenuhi kepuasan pelanggan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *