Bisnes online di Malaysia berkembangan dengan jayanya sejak kebelakangan tahun ini. Pada 2021, e-commerce market bernilai RM120 billion dan dikatakan mampu mencecah RM220 billion pada 2025.
Antara peluang bisnes online yang boleh diceburi ialah fesyen dan kecantikan, makanan dan minuman, barangan elektronik, barang rumah dan sebagainya.
Jadi, bagi para peniaga yang ada bisnes online diluar sana, anda harus mempersiapkan mental bagi menghadapi cabaran yang ada bagi mencapai kejayaan di dalam bisnes online.
Maka, kami akan kongsikan cabaran-cabaran yang akan anda hadapi dalam bisnes online dan cara tackles masalah dan customer anda. Teruskan pembacaan anda!
7 Cabaran Besar dalam Online Bisnes
1. Sukar Meraih Kepercayaan Pelanggan
Berikut adalah antara sebab-sebab mengapa peniaga sukar menarik minat pembeli.
- Tidak yakin dengan produk yang dijual secara online.
- Produk yang dijual tiada di pasaran.
- Penggunaan gambar produk yang tidak menarik.
- Kurang maklum balas dari pengguna sedia ada.
- Penjual sukar untuk dihubungi.
Oleh itu, anda kena plan strategy untuk dapatkan kepercayaan pelanggan dan betulkan kesilapan yang anda lakukan.
2. Melayan Kerenah Pelanggan Yang Pelbagai
Pelanggan ada pelbagai ragam. Anda akan menghadapi pelbagai pertanyaan yang remeh-temeh seperti harga item, minta pos barang cepat-cepat dan sebagainya.
Kadang-kala anda akan berhadapan dengan situasi apabila pembeli yang bertanya soalan untuk membeli tapi tak lama kemudian pembeli diam sahaja iaitu menjadi joy buyer.
3. Isu Penghantaran Barang
Sama ada anda business owner kecil-kecilan, pasti akan ada serba sedikit masalah seperti isu teknikal, keadaan stok, sistem kurier yang digunakan dan sebagainya.
Elakkan dari menggunakan kurier yang mempunyai prestasi yang kurang bagus jika anda menghantar barangan yang mudah pecah, makanan dan barang berharga.
Anda boleh gunakan khidmat kurier yang berpatutan dengan bajet, produktiviti dan performance bagus pada pendapat anda.
4. Pengurusan Duit Bisnes
Bisnes online juga perlu uruskan duit keluar masuk di dalam account bank kerana anda menggunakan online banking sebagai medium utama.
Pelanggan akan menggunakan payment gateway secara online kerana sudah tentu anda menjual di Shopee, Lazada dan social media yang lain.
Jadi, asingkan akaun bank untuk perniagaan dan peribadi bagi memudahkan tracking kewangan bisnes. Kemudian, bolehlah anda mengira kos-kos lain yang digunakan.
5. Keselamatan Siber
Masalah keselamatan siber semakin meningkat setanding dengan pertambahan jumlah pengguna social media seperti WhatsApp, Instagram, TikTok, Twitter dan sebagainya.
Masalah seperti penyalahgunaan, kecurian dan kebocoran data menyukarkan pergerakan kerja owner online bisnes dalam track kewangan syarikat.
Oleh itu, peniaga online harus berwaspada dengan check bukti pembayaran yang dikemukakan pelanggan dan tukar password aplikasi yang digunakan bagi mengelakkan dari dicuri.
6. Kurang Mahir Menggunakan Social Media dan Teknologi
Kebanyakkan platform media sosial kini menawarkan ciri yang membolehkan usahawan menjalankan perniagaan secara langsung.
Namun, individu yang kurang mahir menggunakannya akan membuatkan anda tidak dapat merebut peluang interaction dengan customer dengan lebih tinggi.
Contohnya, melalui Shopee, Instagram, TikTok, Facebook anda boleh lakukan Live bagi jalan mudah untuk menjana keuntungan dengan cepat.
Lagi-lagi pada waktu sekarang ni, ramai pengguna suka tengok video kerana dapat penerangan lebih jelas.
7. Abaikan Branding
Branding bagi perniagaan yang anda miliki sangatlah penting. Branding adalah proses untuk menaikkan nama syarikat anda dengan unik bagi mempromosikan produk/servis yang anda miliki.
Cara Tackle Masalah & Pelanggan Anda Dalam Bisnes Online
Tackle Masalah
● Bertenang dan Jangan Panik
Di dalam perniagaan, sudah tentu ada masalah yang berlaku tidak kira besar atau kecil.
● Ketahui Target Market
Tiada guna anda berniaga tanpa mengetahui kepada siapa anda akan pasarkan perniagaan anda! Ini perkara penting yang anda kena tentukan pada fasa memulakan perniagaan.
● Kenal Pasti Punca Masalah
Kumpul maklumat sebanyak yang mungkin dari pandangan pelanggan, pekerja biasa dan pihak atasan bagi membantu anda mengetahui permasalahan yang patut diperbaiki.
Masalah dari aspek pentadbiran, kewangan dan marketing dan sebagainya dapat diketahui.
● Brainstorm
Masalah yang telah dikumpul boleh dikupas dan dikenalpasti cara dan langkah untuk menyelesaikannya. Anda boleh membuat pilihan sama ada untuk diselesaikan ataupon diabaikan.
Hal ini kerana, ada sesetengah masalah tidak dapat dipenuhi atas faktor kekangan yang dihadapi seperti modal yang kurang atau market yang belum cukup meluas.
● Gunakan Penyelesaian Yang Terbaik
Setelah mengenal pasti langkah penyelesaian yang patut dilakukan, anda boleh memasang langkah bagi memastikan ia berjalan dengan lancar.
Tackle Pelanggan
● Berikan Perkhidmatan Yang Tiptop Kepada Pelanggan
Satu perkara yang anda patut tahu, pelanggan sanggup berbayar lebih asalkan mendapat servis yang bagus dari seller.
● Tampilkan Dengan Content Yang Bagus
Penggunaan video dan paparan imej yang bagus di social media akan membuatkan pelanggan tertarik dengan servis atau produk yang dijual
Penggunaan content yang kreatif akan menaikkan awareness dan interest pelanggan dan semakin lama akan menimbulkan keinginan dan action pembeli untuk membeli.
● Kenali Kehendak Pelanggan
Ketahui kehendak yang dikehendaki pengguna. Sekarang ni, banyak perkara yang boleh dijadikan sumber rezeki.
Salah satunya ialah menjual illustration, menjual kek bento, menjual buku, adakan servis mengurut badan & confinement yang boleh datang ke rumah dan sebagainya!
● Bertanggungjawab Dengan Segala Gerak Laku
Tanggungjawab dalam perniagaan tidak boleh dielakkan. Sama ada sebagai pekerja biasa atau onwer bisnes, anda akan memegang tanggungjawab bagi memastikan gerak kerja bisnes berjalan.
Memulakan online bisnes sememangnya memerlukan kerja keras dan dedikasi bagi membolehkan bisnes anda semakin maju terutamanya bagi yang memulakan perniagaan.
Lagi besar sesebuah perniagaan, lagi besar tanggungjawab dan masalah yang akan dihadapinya. Teruskan belajar bagi mencapai tujuan anda.
Kumpulan Rimbunan turut menawarkan program dropship bagi memulakan perniagaan dengan bimbingan dan tanpa modal yang banyak.
Program Dropship Kumpulan Rimbunan diadakan bagi membolehkan anda nikmati kelebihan affiliate produk daripada Kumpulan Rimbunan.
Anda boleh layari website Rimbunan Mall bagi mengetahui lebih lanjut mengenai program dropship yang ada!
Klik Di Sini Untuk Join Program Dropship Kumpulan Rimbunan Sekarang!