Dasar Keselamatan

Tujuan dasar ini adalah sebagai panduan bagaimana privasi pelanggan dilindungi, dan prosedur yang diambil bagi melindungi privasi pelanggan kami semasa melawati rimbunanmall.com.

1.   Rimbunanmall.com tidak akan mendedahkan apa-apa maklumat mengenai butiran pelanggan kami seperti nama, alamat, e-mel, atau nombor hubungan tanpa kebenaran pelanggan kami melainkan jika perlu mematuhi undang-undang yang terpakai. Rimbunanmall.com hanya akan mendedahkan maklumat terkawal yang tertentu sahaja kepada pembekal perkhidmatan pihak ketiga kami di Malaysia (seperti contoh, Gerbang Pembayaran secara Online dan lain-lain yang melibatkan pembayaran dan seumpamanya).

2.      Rimbunanmall.com tidak akan berkongsi, menjual, dan memperdagangkan data pelanggan dan maklumat peribadi kami yang telah dikumpulkan kepada pihak ketiga.

3.      Maklumat tentang pelanggan kami hanya akan dikumpul semasa mendaftar masuk ke rimbunanmall.com.

4.      Pihak kami tidak mengenali dan tidak merekodkan maklumat mengenai pelanggan kami secara automatik, melainkan pelanggan membekalkannya.

5.      Berikut adalah maklumat asas yang akan dikumpul dan diperlukan oleh rimbunanmall.com:

                    a). Nama.
                    b). Alamat.
                    c). Nombor telefon.
                    d). Alamat e-mel.
                    e). Nombor keahlian.
                    f). Tarikh lahir.
                    g). Jantina

6.   Semua maklumat dan data yang diberikan oleh pelanggan rimbunanmall.com akan digunakan sebagai panduan untuk pembelian, proses pertukaran atau pemulangan, prosedur pemprosesan pembayaran, maklum balas terhadap permintaan, penambahbaikan perkhidmatan, memuaskan kehendak pelanggan, dan tujuan lain dengan persetujuan pelanggan dan dibenarkan mengikut undang-undang.

7.   Rimbunanmall.com pada masa ini menyimpan data peribadi pelanggan dalam pelayan kami yang terletak di Malaysia. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa rimbunanmall.com tidak menyediakan sebarang kemudahan untuk pelanggan memadam maklumat data peribadi yang pihak kami simpan.

8.    Setelah pelanggan melayari rimbunanmall.com pelayan kami secara automatik akan merekodkan semua data yang dihantar oleh pelayar pelanggan seperti alamat IP, jenis pelayar, dan laman web pihak lain sebelum melawati rimbunanmall.com.

9.      Pelanggan mempunyai hak untuk memohon kemas kini maklumat data peribadi yang tidak tepat atau lapuk, dengan cara memberi notis kepada kami.

10.  rimbunanmall.com berhak untuk meminda dasar privasi ini dari semasa ke semasa sekiranya perlu tanpa notis terlebih dahulu. Sila semak dasar privasi kami dengan   kerap.

11.  Untuk pertanyaan lanjut, sila e-mel ke [email protected] atau hubungi kami di 03-9174 6778. Anda juga boleh menulis kepada kami di alamat berikut:

 

Kumpulan Rimbunan 2023.