Cara Menjadi Ejen Kami
Sila Baca Dan Fahami maklumat di bawah ini dengan teliti sebelum melakukan pembelian pakej Dropship.
- Pertama: Terdapat 3 pakej untuk menjadi Ejen dropship kami. Ianya adalah BASIC, ADVANCE, dan PRO. Sila rujuk halaman ini untuk mengetahui pakej-pakej tersebut.
- Kedua: Pakej BASIC, ADVANCE dan PRO boleh dibeli secara terus dengan membayar yuran langganan yang telah ditetapkan. Manakala Bagi Pakej BASIC & ADVANCE yang sebelum ini telah melanggan pakej tersebut, dan jualan terkumpul anda mencecah RM8,000 ringgit, maka akaun anda secara automatik akan dinaik tarah kepada akaun PRO.
- Ketiga: Sila pilih antara pakej-pakej yang boleh dibeli sama ada ianya BASIC, ADVANCE mahupun PRO mengikut bajet dan kesesuaian perniagaan anda. Dan pastikan anda membuat pembayaran mengikut harga pakej yang dipilih. Yuran ini adalah sekali seumur hidup.
- Keempat: PENTING! – Jika pada awalnya anda telah membeli pakej BASIC, kemudian ingin bertukar ke pakej ADVANCE, anda harus membuat pembelian pakej ADVANCE yang berjumlah RM30.00 seperti yang telah dinyatakan pada halaman pakej pada perkara nombor 1 di atas.
- Kelima: Setelah selesai membuat pembayaran, anda boleh terus log masuk ke akaun anda dan boleh mula membuat pembelian sebagai ejen.
Cara Memuat Naik Dokumen Air Way Bill (AWB)
Ejen dropship yang menggunakan platform Lazada atau Shopee perlu memuat naik Air Way Bill (AWB) di dalam laman sesawang supaya kami dapat menghantar pesanan anda kepada pelanggan ada.
Ia tidak serumit yang dijangka kerana kami telah membina satu sistem bagi memudahkan untuk ejen dropship memuat turun atau memuat naik Air Way Bill (AWB) pelanggan.
Pertama, ejen dropship perlu Log In dengan mengklik ikon yang ditanda dengan kotak merah di bawah, bagi mendapatkan diskaun yang telah ditetapkan mengikut kepada pakej dropship.
Kemudian, segala maklumat seperti pesanan, alamat dan sebagainya akan dipaparkan di halaman My Account seperti di bawah.
Selepas itu, anda boleh membuat pesanan buku untuk pelanggan anda (pesanan ini berdasarkan pesanan asal yang dibuat oleh pelanggan di platform Lazada/Shopee/lain-lain). Klik sahaja pada ikon add to cart
Memasukkan alamat pelanggan anda dan terus muat naik Air Way Bill (AWB) di tempat yang telah disediakan, seperti rajah tersebut.
PENTING: Pastikan anda memilih “Lazada/Shopee AWB (Free)” bagi memastikan anda tidak dikenakan caj penghantaran. Rujuk rajah di bawah.
Seterusnya, klik pada ikon Place Order bagi membuat pembayaran. Untuk makluman, kami menerima pembayaran melalui gerbang SenangPay. Dalam gerbang pembayaran tersebut, anda boleh membayar melalui FPX, kad kredit, kad debit atau e-wallet.
NOTA: TIADA kaedah pembayaran secara COD (Cash on Delivery). Jika perlu, sila berhubung dengan wakil syarikat kami.