Dengan kesibukan komitmen kerja, keluarga atau hal-hal yang lain, lagi sukar untuk kita membaca al-Quran ataupun Quran Time.
Tapi dengan menetapkan Quran Time pada masa yang sesuai, insyaAllah anda tidak lagi ketinggalan dalam mengamalkan al-Quran setiap hari.
Sebagai seorang Muslim, mengaji Al-Quran merupakan salah satu amalan yang sangat bagus dan perlu diterapkan dalam kehidupan seharian.
Hal ini kerana, terdapat manfaatnya serta pahala yang sangat banyak.
Di dalam artikel ini, kami akan kongsikan kepada anda tentang kelebihan menghayati Al-Quran serta Quran Time terbaik untuk membaca Al-Quran.
Teruskan membaca untuk ketahui dengan lebih lanjut!
Kelebihan Menghayati Al-Quran
- Sebagai Pertolongan di Akhirat
Syafaat merupakan pembelaan yang paling diperlukan ketika di Padang Mahsyar kerana pada waktu ini, segala harta dan anak pinak tidak lagi berharga.
اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لأَصْحَابِه
“Bacalah al-Quran, kerana ia akan datang pada hari kiamat untuk memberikan syafaat kepada pembacanya.” (Riwayat Muslim (804))
Tiada bantuan yang boleh diharapkan pada hari tersebut melainkan al-Quran yang datang membawa syafaat sebagai pembela yang mempertahankan pembacanya.
Jadi, mengamalkan Quran Time dalam rutin seharian sangat penting supaya anda mendapat pertolongan di akhirat kelak.
- Diangkat Martabat oleh Allah SWT
Daripada Umar Bin Al-Khattab r.a. Bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
“Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab Al-Quran”. (Hadith Umar bin Al-Khattab ini direkodkan oleh Imam Muslim dalam Sahih Muslim).
Dengan mengamalkan Quran Time dalam kehidupan seharian kita, pasti Allah akan menaikkan darjat kita kerana mampu mengisi masa dengan Al-Quran walaupon sibuk.
- Mendapat Ketenangan Jiwa
Al-Quran adalah kalam Allah. Setiap perkataan di dalamnya ialah pengajaran dan ilmuNya. Oleh sebab itu, setiap kali kita membaca Al-Quran, bermakna kita sedang membaca kalam daripada Tuhan.
Al-Quran adalah petunjuk bagi setiap manusia untuk kembali kepada jalan yang benar.
Apabila kita merasa sesat dan gelisah, membaca Al-Quran pasti akan bantu kita dalam menunjukkan jalan penyelesaian kepada apa-apa masalah yang dihadapi serta dapat memberi ketenangan kepada jiwa.
- Mendapat Ganjaran Pahala
Setiap huruf ketika membaca Al-Quran akan mendapat 10 ganjaran.
Seperti apa yang dikatakan oleh Ibu Mas’ud RA;
“Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al-Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud: Alif, Lam, Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” (Hadith Ibnu Mas’ud ini direkodkan oleh Ad-Darimi Tirmizi dalam Sunan Tirmizi, Kitab Abwab Fadhail Al-Quran, No hadith 2910, status hadith ini hasan sahih)
Quran Time Terbaik Untuk Membaca Al-Quran
Sebaiknya, membaca al-Quran selepas solat, waktu terbaik untuk membaca al-Quran adalah selepas menunaikan solat maghrib dan sebelum masuknya waktu solat Isyak.
Jadi, sementara menunggu waktu solat Isyak, anda boleh isikan masa menunggu dengan pembacaan Al-Quran.
Dengan menggunakan masa terluang yang ada, anda boleh membaca al-Quran tanpa rasa perlu tergesa-gesa dan terpaksa melakukannya.
Bukan hanya dapat membaca al-Quran, tapi anda dapat menghayati isi tersirat terkandung dalam setiap ayat al-Quran dengan membaca dan menghayati terjemahannya sekali.
Menghayati dan memahami isi kandungan Al-Quran adalah salah satu kunci penting untuk menjadi muslim yang berakhlak mulia dan soleh.
Dengan memahami Al-Quran dengan lebih mendalam, kita juga boleh kongsikan ilmu dan kefahaman yang diperoleh kepada orang lain.
Ini kerana orang yang belajar dan mengajar Al-Quran adalah sebaik-baik amalan.
Daripada Uthman Bin ‘Affan r.a. telah berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain”. (Hadith Uthman bin Affan ini direkodkan oleh Imam Bukhari dalam Sahih Bukhari, Kitab Fadhail Al-Quran, Bab Khairukum Min Ta’alum Al-Quran Wa A’lamahu, No hadith 5028)
Selain itu, Quran Time terbaik untuk membaca Al-Quran juga adalah pada waktu pagi hari selepas Subuh.
Bagi masa Quran Time membaca Al-Quran di luar waktu solat pula, waktu yang terbaik adalah pada malam hari atau ketika pertengahan malam terakhir.
Namun, tidak ada larangan untuk membaca Al-Quran pada apa-apa waktu pun. Selagi anda mempunyai masa lapang, anda boleh mengisinya dengan Quran Time yang tentunya akan bermanfaat untuk anda.
Selain mengharapkan maksud dari terjemahan Al-Quran, Rimbunan Mall ada mengeluarkan buku-buku seperti Tadabbur Surah Al-Mulk dan Tafsiran Pimpinan Ar-Rahman.
Tadabbur Surah Al-Mulk merupakan terbitan Rimbunan Islamik Media yang ditulis oleh Abdul Fatah Zakaria. Kisah-kisah di sebalik surah Al-Mulk diceritakan di dalam ini.
Bagi Al-Quran TPR pula, asal usul idea penterjemahan al-Quran ke dalam bahasa Melayu adalah daripada Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj yang melantik Ustaz Ahmad Faisal bin Haji Othman dan Sheikh Abdullah Basmeih.
Bahan terjemahan berkenaan diberi judul Tafsir Pimpinan ar-Rahman kepada Pengertian al-Quran (TPR) yang diambil sempena gabungan nama Allah SWT iaitu ar-Rahman dan nama mantan Perdana Menteri pertama itu.
Tujuan penerbitan tafsiran ini adalah untuk membimbing pembaca supaya mudah memahami risalah al-Quran terutamanya bagi mereka yang tiada asas bahasa Arab dan tidak mempunyai pengajian al-Quran yang kukuh.
Antara kelebihan Al-Quran TPR ini adalah:
- Menjadi rujukan utama pelbagai pihak dalam mendalami maksud yang tersurat dan tersirat pada ayat-ayat suci al-Quran melalui pentafsirannya yang teliti dan tepat.
- Olahan bahasa yang lebih mudah dan menggunakan bahasa Melayu standard selaras dengan perkembangan bahasa Melayu pada masa kini, namun kualiti dan keaslian tafsiran oleh Almarhum Sheikh Abdullah Basmeih tetap terpelihara.
- Teks Al-Quran TPR ini dibina dengan berpandukan Kamus Dewan Bahasa (DBP) dan juga gaya bahasa JAKIM. Manakala, teks ayat-ayat al-Qurannya pula menggunakan teks al-Quran Mushaf Madinah versi baharu (Rasm Uthmani).
- Melalui proses mengemas kini bahan dan kualiti tafsiran yang sangat teliti serta kemas oleh ahli-ahli lajnah tashih yang dilantik oleh JAKIM.
- Merupakan tafsir al-Quran yang telah diangkat sebagai ‘TAFSIR KEBANGSAAN’ dan telah dirasmikan oleh YDP Agong pada 9 September 2022.
- Kelas tadabbur secara online untuk pembeli al-Quran TPR.