RM0.00
0
buku latihan
Memilih Buku Latihan yang Sesuai: Tips untuk Guru dan Pelajar

Pemilihan buku latihan penting bagi memastikan pelajar, sebagai individu yang menggunakannya mendapat manfaat untuk mengasah minda setiap subjek yang dipelajari.

Ada buku latihan yang mahal sangat sampai membuatkan para ibu bapa keliru sama ada ia worth it atau tidak kerana kualiti tidak seberapa.

Ada juga buku latihan yang murah dan apabila melihat isi kandungan, ianya berkualiti kerana padat dengan isi dan info yang diperlukan.

Oleh sebab itulah, ibu bapa memerlukan tips yang sesuai bagi membantu mereka mencari buku latihan yang sesuai untuk anak. Teruskan membaca bagi mendapatkan tips tersebut!

Sebab Penting Pelajar Wajib Memiliki Buku Latihan

buku latihan

Sebelum itu, kami akan kongsikan sebab-sebab penting kenapa pelajar wajib memiliki buku latihan sepanjang mereka berada di bangku sekolah.

1. Membiasakan Diri Dengan Ujian Besar

Latihan-latihan yang ada di dalam buku ini membantu pelajar memahami struktur soalan, jenis-jenis soalan yang akan muncul dan anggaran waktu diperlukan untuk selesaikan soalan.

Maka, pelajar tidak akan nervous dan stick dengan 1 soalan saja semasa di dewan peperiksaan sehinggalah ia siap dijawab.

2. Menilai Kemajuan Dalam Subjek

Apabila pelajar sudah konsisten melakukan latihan, pastinya dapat melihat perkembangan dalam pemahaman dan penguasaan dalam subjek-subjek tertentu.

Dari situ, pelajar akan mampu menyelesaikan soalan-soalan mengikut kesukaran tertentu.

3. Ada Maklumat Penting Yang Boleh Digunakan 

Buku latihan yang baik mengandungi nota-nota kecil, rumus dan maklumat penting yang berkaitan dengan subjek tersebut.

Di sinilah pelajar akan mengetahui  fakta-fakta perkara-perkara menarik yang boleh digunakan.

4. Panduan Untuk Marking Dan Jawapan Yang Tepat

Di dalam buku latihan yang bagus akan dilengkapi dengan contoh jawapan yang sebenar. Pelajar boleh memeriksa jawapan yang telah ditulis bagi mengetahui bagaimana ia diterangkan. 

Dari situ, pelajar dapat faham kesalahan yang telah dilakukan dan boleh dielakkan pada masa akan datang.

5. Melatih Diri Dengan Ilmu Yang Dipelajari

Apabila pelajar kerap membuat latihan, mereka sedang membiasakan diri dengan ilmu yang telah dipelajari.

Tidak tidak perlu memaksa diri untuk hafal skema jawapan, kerana apabila sudah kerap melakukannya, ia sudah menjadi kebiasaan dan memupuk daya ingatan.

Tips Memilih Buku Latihan Yang Sesuai

●   Tips untuk Guru

tips untuk guru

1. Prestasi Dan Kredibiliti Syarikat Buku

Penerbit buku salah satu perkara yang akan diperiksa oleh para guru. Selalunya, penerbit yang telah lama mengeluarkan buku, mereka lebih up-to-date dengan silibus buku latihan di sekolah.

2. Isi Latihan Yang Relevan dan Banyak

Buku yang bagus akan mengandungi isi latihan yang banyak dan relevan untuk digunakan. Ia akan seiring dengan peperiksaan dalam lingkungan 5 tahun terkini.

3. Silibus & Format Terkini Yang Digunakan

Tahun demi tahun, silibus dan format peperiksaan dan buku akan turut berubah. Maka, guru-guru harus bertindak seiring dengan format demi mengajar pelajar.

4. Tahap Kesukaran Yang Diberikan

Percaya atau tidak, ada sesetengah buku yang terlalu susah sebagai menguji kecerdasan otak pelajar.

Namun, apabila ia terlalu sukar diselesaikan, ia akan menyusahkan keadaan pelajar atau guru yang mengajar kerana tak ikut standard.

5. Pilih Buku Latihan Topik atau Set Peperiksaan

Pihak sekolah akan memilih buku dengan silibus dan format yang terkini. Para guru juga akan akan masuk campur dalam memeriksa bagi memudahkan persediaan mereka bagi tujuan pengajaran.

Latihan topik akan diberikan bagi mengasah topik-topik tertentu. Subjek seperti Matematik dan Matematik Tambahan akan menjadi tumpuan utama.  

Bagi pelajar yang akan menghadapi peperiksaan SPM, mereka akan cenderung fokus kepada set peperiksaan yang lepas bagi menyesuaikan diri dengan peperiksaan besar yang akan dihadapi.

●   Tips untuk Ibu Bapa & Pelajar

buku latihan

1. Prestasi dan Kredibiliti Syarikat Buku

Tabiat check syarikat yang menerbitkan dan menulis buku bagi rujukan anak semestinya menjadi tabiat. Hal ini kerana, ibu bapa inginkan yang terbaik terhadap pembelajaran mereka.

Syarikat yang terkemuka selalunya akan memaparkan isi yang berkualiti yang up-to-date dengan silibus dan topik di sekolah.

2. Lihat Kemampuan Anak

Pilih buku mengikut kemampuan anak anda. Beli buku latihan yang mudah difahami dan subject yang ingin di score dahulu.

Kemudian, barulah tambah bilangan buku latihan apabila nampak perkembangan dalam menjawab latihan yang diberikan. 

3. Silibus & Format Terkini Yang Digunakan

Tahun demi tahun, sudah tentu format dan silibus di dalam buku dan peperiksaan akan berubah.

Selain daripada perlu fokus semasa guru mengajar format soalan, pelajar juga wajib cakna bagi mengelakkan salah beli buku.

4. Beli Ikut Tahap Yang Sesuai.

Di sekolah terdapat banyak tahap seperti tahap pra sekolah, rendah, menengah, dan menengah atas.

Ibu bapa wajar meminta pendapat anak yang telah remaja kerana mereka juga tahu buku latihan yang terkini dan sering digunakan guru sekolah.

Bagi anak peringkat pra dan rendah, anda boleh bandingkan buku yang disediakan pihak sekolah agar boleh dapatkan yang lebih kurang dengan buku tersebut.  Utamakan visual bagi menarik perhatian si kecil ini.

5. Tanya Pendapat Guru Atau Rakan Sekelas

Cara yang mudah, ibu bapa boleh meminta panduan guru subject bagi memudahkan panduan anda mencari buku latihan.

Guru akan memberikan cadangan yang bernas yang sesuai mengikut tahap dan silibus pelajar.

Pelajar juga boleh tukar idea buku latihan yang digemari bagi memberi idea kepada yang menginginkannya.

Buku latihan adalah medium yang berharga untuk pelajar dan guru dalam memastikan proses pembelajaran dan pengajaran.

Dengan menggunakan buku latih tubi yang bagus dan tepat, pelajar dapat meningkatkan pemahaman dan guru dapat merangsang pembelajaran yang lebih efektif.

Kumpulan Rimbunan ada menyediakan Buku Latih Tubi KAFA yang boleh dihantar dengan cepat ke rumah anda!

Setiap pembelian, buku latih tubi UPKK datang dengan 5 buku dalam satu set iaitu, Adab dan Akhlak Islamiyah, Akidah dan Ibadah, Sirah Rasulullah, Lughatul al-Quran dan Jawi. Apa yang istimewa dalam set ini, soalan-soalan latihan mirip dengan standard soalan UPKK! Anak-anak akan senang menjawab nanti.

Anda Boleh Dapatkan Buku Latih Tubi KAFA di Kumpulan Rimbunan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *