RM0.00
0
PERBEZAAN TADABBUR DAN TAFSIR

 “Inilah sebuah kitab yang kami turunkan kepada kamu dengan penuh berkat supaya mereka memerhatikan ayat-ayatnya (tadabbur) dan supaya orang yang mempunyai akal fikiran mengambil pelajaran daripadanya.”

(Surah Sad, ayat 29).

Sejak dua menjak ini kita boleh lihat perkataan tadabbur ini mula berlegar di semua laman sosial media kita. Sehinggakan tadabbur ini mula menjadi satu trending di kalangan-kalangan anak muda, ini merupakan satu perkara yang bagus dan sihat!

Anak-anak muda kita mula memandang Quran ini sesuatu yang serius dan tidak menganggap bahawa Quran ini hanya sekadar kitab untuk beribadah sahaja! Tetapi anak muda kita telah melihat Quran merupakan sebuah kitab yang boleh memberi jalan penyelesaian dan juga kitab yang mempunyai pelbagai ilmu tidak kira dalam apa segala bidang.

Tapi bila kita pergi ke kedai buku, kita hanya jumpa tafsir dan bukannya tadabbur. Jadi apa perbezaan tadabbur dan tafsir ini?

Okay jom kita membuat perbezaan apa itu tadabbur dan apa itu tafsir.

Taddabur adalah

1. Menghayati maksud ayat dan merefleksi untuk kehidupan diri.

2. Mengambil manfaat dan menerapkan ayat pada iman dan amal.

3. Cuba memahami ayat secara umum.

4. Merupakan tujuan daripada penurunan Al-Quran itu sendiri yang mendorong seorang hamba

untuk tunduk dan patuh terhadap aturanNya yang terkandung di dalam Al-Quran.

Tafsir pula

1. Mengungkap makna tersirat ayat.

2. Tujuan untuk mengetahui makna ayat, asbab nuzul, nahu, peristiwa dan lain-lain hukum.

3. Mempunyai syarat khusus supaya tidak melampaui makna daripada ayat-ayat Allah yang tersirat.

4. Dengan adanya tafsir, maka lebih mudah untuk mentadabbur.

Jadi apa hubungan tafsir dan tadabbur ini?

Bila kita lihat perbezaan antara tadabbur dan tafsir di atas, kita lihat tafsir dan tadabbur ini boleh diibaratkan sebaga adik beradik yang tidak boleh dipisahkan. Ini kerana untuk kita bertadabbur kita perlu memahami Quran dan untuk memahami Quran, kita perlu rujuk pada tafsir.

Tafsir ini bukannya dibuat secara membuta tuli, satu tafsir ini dibuat atau dikarang makan masa berbulan untuk memastikan pembaca memahami dan tidak salah tafsir terhadap Quran sehingga boleh memesongkan akidah.

Jadi kita perlu memperbanyakkan tafsir dan bersahabat dengan Quran supaya kita menjadi umat Islam yang berilmu!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *