{"product_id":"tok-janggut-1-seruan-jihad-di-pasir-puteh","title":"TOK JANGGUT (1) : SERUAN JIHAD DI PASIR PUTEH","description":"\u003cp\u003e\u003cspan\u003ePenasihat British yang ditempatkan dalam pentadbiran di setiap negeri menekan ekonomi penduduk setempat dengan mengenakan cukai yang tinggi. Rakyat jelata semakin tertekan di bawah pemerintahan British. \u003c\/span\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e\u003cspan\u003eKetika inilah, munculnya Haji Mat Hassan bin Munas atau lebih dikenali sebagai Tok Janggut, pahlawan yang bangkit melawan British dan menyeru jihad melawan penjajah di negeri Kelantan. British bukan sahaja masuk campur dalam urusan pentadbiran, malah mereka mengarahkan rakyat Kelantan menyokong dan berdoa untuk kemenangan British dalam Perang Dunia Pertama. \u003c\/span\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e\u003cspan\u003eTok Janggut melihat arahan ini sebagai satu penghinaan kepada umat Islam di Kelantan. British turut mengarahkan Sultan Kelantan supaya melarang rakyat Kelantan menyebelahi, menyokong atau bersimpati terhadap kerajaan Uthmaniyyah. Akhirnya berlakulah apa yang ditakuti oleh British, Tok Janggut dan para pengikutnya bangkit menyahut seruan jihad Uthmaniyyah dan bangkit melawan British di Pasir Puteh!\u003c\/span\u003e\u003c\/p\u003e","brand":"Mustread Sdn. Bhd","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":52011823825184,"sku":null,"price":15.0,"currency_code":"MYR","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0898\/3255\/4784\/files\/Untitled_94f9e967-04bd-4640-87f2-f2e48c9e990f.jpg?v=1784601580","url":"https:\/\/www.rimbunanmall.com\/products\/tok-janggut-1-seruan-jihad-di-pasir-puteh","provider":"Rimbunan Mall","version":"1.0","type":"link"}