Affiliate Marketing Malaysia semakin mendapat tempat sebagai salah satu cara bisnes mempromosikan produk/servis. Ia sering digunakan pada waktu sekarang kerana mudah dan efisien!
Melalui affiliate, mana tahu anda dapat menjana pendapatan sampingan. Kalau anda berminat menjadi affiliate marketer di Malaysia, anda perlu tahu jenis-jenis affiliate marketing yang ada.
Jangan risau di dalam artikel ini, kami akan berkongsi tentang jenis-jenis affiliate marketing yang wajib diketahui dan program affiliate yang boleh disertai.
Apa itu Affiliate Marketing?
Affiliate marketing ialah suatu performance-based marketing di mana syarikat memberi keuntungan kepada affiliate untuk setiap kunjungan dan pembelian yang dibuat ke atas produk/servis oleh pembeli.
Keuntungan tersebut ialah dalam bentuk komisen. Lagi besar audience affiliates anda, lagi mudah peluang mempengaruhi audience untuk mendapatkan pulangan yang besar.
Kebiasaannya, affiliates akan mempromosikan produk/servis di pelbagai saluran pemasaran seperti laman web, pemasaran emel dan pengiklanan berbayar.
Affiliates menggunakan link unik atau kod untuk mengetahui traffic dan jualan hasil dari promosi tersebut.
Kenapa Anda Perlu Pilih Affiliate Marketing?
- Kos Permulaan Rendah
Senang untuk menjadi affiliate pemasaran kerana anda tidak perlu menanggung kos untuk menyertainya.
Anda hanya perlu register maklumat dan melalui ujian yang perlu dipenuhi mengikut ketetapan setiap syarikat affiliate marketing.
Bonus bagi anda mempunyai kepakaran mengedit gambar dan video bagi menarik perhatian pengguna.
- Passive Income
Sebaik sahaja anda telah menyediakan link affiliate yang diperlukan, anda boleh memperoleh komisen daripada jualan yang dibuat tanpa banyak usaha berterusan.
Pengguna yang tertarik dan check out barangan selepas melihat video atau link yang anda sertakan, anda akan menjana sedikit keuntungan secara tak langsung.
- Tidak Perlu Mempunyai Produk Sendiri
Ya benar! Anda hanya perlu promosikan produk/servis tersedia oleh syarikat dengan menggunakan social media. Tidak perlu susah-susah melabur modal untuk menghasilkan produk/servis.
Kadang kala, syarikat akan turut kongsikan video yang boleh digunakan sebagai bahan posting. Jadi, tugas anda hanya perlu konsisten dan rajin!
- Jadual Fleksibel
Dengan menjadi affiliates, anda boleh bekerja di mana-mana sahaja. Hal ini kerana, dengan adanya internet connection yang bagus, anda boleh sahaja mula bekerja di mana-mana.
Oleh itu, tetapkan jadual bekerja bagi memudahkan anda mengurus masa untuk mengedit, post video, pemilihan caption dan sebagainya.
- Pelbagai Niche
Affiliates boleh memilih untuk mempromosikan pelbagai jenis produk yang anda suka atau minat.
Jika anda berminat untuk menjadi affiliates dalam industri fesyen, cuba untuk mengetahui perkara-perkara yang mudah untuk ‘menghasut’ ramai orang membeli!
Sebagai affiliates, anda bebas memilih produk/servis yang selari dengan minat dan kehendak anda.
- Potensi Komisen Lumayan
Sesetengah syarikat atau platform memberi komisen yang tinggi kepada affiliates di bawah mereka.
Dengan usaha yang efektif, anda boleh mencapai komisen lumayan berpanjangan tanpa perlu mengeluarkan wang ringgit.
Jika anda konsisten, kreatif dan rajin, anda dapat gandakan komisen yang boleh mencecah ribuan ringgit!
4 Jenis Program Affiliate Marketing Di Malaysia
- Program Affiliate Lazada
Satu sistem affiliate di mana pihak Lazada sendiri uruskan untuk affiliater. Komisen diberikan lebih tinggi serta proses validation untuk mendapatkan jawatan affiliate Lazada lebih cepat.
Di Lazada, macam-macam ada. Anda boleh gunakan barang-barang seperti alatan mainan, baju, barang dapur dan barang elektronik bagi menggalakkan pengguna untuk membeli-belah lagi-lagi ketika masim gaji.
- Program Affiliate TikTok
Komisen sebagai affiliate Tiktok adalah berdasarkan hasil jualan sesuatu produk dan ketetapan komisen jualan oleh kedai di TikTok.
Sebagai contoh, penjual Kedai A menjual produk mereka dengan harga RM20 bagi 10 unit, jika ejen affiliate berjaya menjual 10 unit produk Kedai A, penjual akan memberi komisen sebanyak 50 peratus daripada hasil jualan tersebut.
Seperti Lazada, affiliates TikTok hanya perlu mempromosikan produk sahaja, tanpa mengeluarkan modal.
- Program Affiliate InvolveAsia
Tidak seperti affiliates media sosial seperti TikTok, InvolveAsia merupakan sebuah syarikat yang menjadi ‘orang tengah’ yang menguruskan pelbagai program affiliate.
Seperti contoh, Shopee, Hotel.com, Watson dan banyak lagi. Tambahan lagi, InvolveAsia terlibat dalam pelbagai sektor seperti Pelancongan, Fesyen, Perkhidmatan, e Commerce dan bermacam macam lagi.
Untuk menjadi affiliate, ia agak leceh kerana memerlukan 2 kali kelulusan. Tetapi, pastikan medium atau platform blog anda mempunyai follower yang ramai dan content supaya mencerminkan seseorang affiliate yang mampu menjadi affiliate berjaya.
- Platform Affiliate AccessTrade
Berasal dari Jepun, AccessTrade juga merupakan syarikat pemasaran affiliate yang menjadi ‘orang tengah’ untuk syarikat-syarikat seperti Shopee dan Watson.
Walau kelebihan AccessTrade kurang sedikit daripada InvolveAsia, untuk menjadi affiliates perlu mengaut semua kelebihan platform.
Anda hanya perlu daftarkan diri dengan memilih sebagai Individual atau Corporation untuk memulakan hidup sebagai affiliate marketing.
Dengan menjadi affiliate AccessTrade, anda menikmati customer support yang bermanfaat, jaminan kempen yang berkualiti tinggi, report dashboard yang mudah difahami dan pembayaran dilakukan on-time.
Dengan adanya platform dan syarikat pemasaran affiliates ini, anda bolehlah membuat duit poket atau side income. Dengan pemilihan cara affiliate yang betul, anda boleh menikmati keuntungan lumayan.
Pelajari teknik yang betul akan mengekalkan prestasi anda dalam jangka masa panjang.
Di Rimbunan Mall, kami menyediakan Program Dropship Kumpulan Rimbunan agar anda boleh nikmati kelebihan affiliate produk daripada Kumpulan Rimbunan.
Anda boleh layari website Rimbunan Mall bagi mengetahui lebih lanjut mengenai program dropship yang ada!