RM0.00
0
tafsir al-quran
Tafsir Al-Quran; Sejarah Perkembangan Ilmu

Nabi Muhammad telah meninggalkan dua sumber utama kepada umat Islam iaitu tafsir Al-Quran dan Hadis. Jadi, sebagai umat Islam, kita banyak bergantung kepada kedua-dua sumber ini sebagai rujukan bagi setiap aspek kehidupan.

Tetapi, pernahkah anda tertanya-tanya bagaimanakah penurunan Al-Quran ini berlaku?

Al-Quran diturunkan secara berperingkat untuk memudahkan umat Nabi Muhammad SAW ketika  itu menghafal dan ingat kerana mereka tidak tahu menulis dan membaca.

Seterusnya, kami akan bongkarkan sejarah bagaimana Al-Quran dikumpul, seterusnya ditafsir dan dapat digunakan kekal hingga sekarang.

Sejarah Perkembangan Ilmu Tafsir Al-Quran yang dijalankan pada zaman Rasulullah.

1) Zaman Rasulullah

Muhammad SAW merupakan pentafsir awal bagi ayat-ayat Al-Quran yang tidak difahami oleh para sahabat.

Ini kerana, para sahabat bertanyakan tentang pelbagai persoalan yang mereka tidak faham.

Namun, keseluruhan tafsir ayat-ayat Al-Quran yang diberikan oleh Nabi Muhammad SAW tersebut tidak sampai pada umat Islam pada masa kini.

Hal ini kerana, terdapat sebahagian ulama yang mengatakan bahawa riwayat-riwayat tentang tafsir Muhammad SAW itu tidak sampai pada umat Islam.

Ada sebahagian pendapat yang lainnya menganggap bahawa Muhammad SAW sendiri yang tidak mentafsir seluruh Al-Quran.

2) Zaman Para Sahabat

Setelah Rasulullah SAW telah wafat, tugas mentafsir Al-Quran telah dipikul oleh para sahabat.

Mereka merupakan golongan yang paling arif untuk mentafsir Al-Quran selepas kewafatan Rasulullah SAW, akan tetapi pentafsiran mereka kurang sama.

Berikut adalah sepuluh orang sahabat baginda yang terkenal dalam bidang mentafsir iaitu Khulafa al-Rasyidun, Ibn Masud, Ibn Abbas, Ubayy bin Kaab, Zaid bin Thabit, Abu Musa al-Asyari dan Abdullah bin al-Zubayr.

Di antara sebab tafsiran Al-Quran kurang pada zaman sahabat:

  1. Mereka mentafsir Al-Quran mengikut suasana dan peristiwa.
  2. Tahap penguasaan bahasa yang tinggi.
  3. Kefahaman akidah yang mantap.

Nilai Tafsir Zaman Sahabat:

  1. Tafsir sahabat bersumberkan hadith marfu daripada Rasulullah SAW.
  2. Apabila tidak didapati daripada Rasulullah SAW, sahabat akan berijtihad dan bertaraf hadith mauquf yang boleh diterima dan ditolak.
  3. Perbezaan pendapat di dalam kalangan sahabat tentang tafsir sangat sedikit berbanding perbezaan dalam soal hukum hakam.

Ciri-ciri tafsir Al-Quran di zaman sahabat Nabi:

  1. Tafsir pada zaman sahabat hanya mengulas ayat-ayat secara umum dan bukan secara terperinci.
  2. Para sahabat tidak mengeluarkan sebarang hukum daripada maksud ayat .
  3. Tafsir-tafsir dan huraian mereka terhadap sesuatu ayat tidak ditulis dan dibekukan. Mereka hanya menulis ayat Al-Quran dan hadith sahaja.
  4. Pentafsiran sahabat adalah bergantung kepada asbab al-nuzul (sebab turun sesuatu ayat).
  5. Periwayatan sahabat daripada ahli kitab.

3) Zaman Tabiin

tafsir al-quran

Tabiin merupakan generasi kedua dalam sejarah pentafsiran Al-Quran kerana mereka golongan yang bertemu secara langsung dengan para sahabat.

Pada peringkat ini, ulasan terhadap sesuatu ayat mula ditulis dan dibekukan.

Pada zaman ini, perbezaan banyak dijumpai berbanding zaman sahabat. Terdapat tiga kumpulan besar pengajian untuk mentafsir:

a)  Madrasah Ibnu Abbas di Mekah

Antara ulama tafsir di kalangan tabiin yang terkenal ialah Said bin Jubir, Mujahid bin Jabr, Ikrimah al-Barbariy, Tawus bin Kaysan dan Ata bin Abi Rabah.

Mujahid adalah antara para Tabiin yang menerima seluruh tafsir daripada sahabat, sebagaimana yang dikatakan oleh Mujahid.

Aku baca seluruh isi Al-Quran kepada Ibn Abbas, aku berhenti pada setiap ayat dan menanyakan makna kepada beliau.’’ (Usul al Tafsir: 13)

b)  Madrasah Abdullah bin Mas’ud di Kufah

Antara pengikut Ibn Mas’ud yang terkenal ialah al-Qamah bin Qays, Masruq, al-Aswad bin Yazid, Marrah al-Hamdani, Amir al-Sya’bi, Hassan al-Basri dan Qatadah.

c)  Madrasah Ubay bin Kaab di Madinah

madrasah ubay bin kaab

Pengikut kelompok ini yang paling terkenal ialah Abu al-Aliyah, Muhammad bin Kaabb al-Quraziy dan Zaid bin Aslam.

Daripada ketiga-tiga kelompok ini, mereka yang paling arif tentang tafsir ialah pengikut madrasah Mekah seperti yang disebutkan oleh Ibnu Taymiyyah:

“Manakala dalam bidang Tafsir, mereka yang paling arif ialah penduduk Mekah kerana mereka adalah pengikut Ibnu Abbas seperti Mujahid, Ata’ bin Abi Rabah, Ikrimah”

Perkembangan Ilmu Tafsir Al-Quran yang Dijalankan di Malaysia

tafsir al-quran

Dalam konteks pertumbuhan penterjemahan Al-Quran di Malaysia, penghargaan harus diberikan kepada ulama Acheh iaitu Syeikh al-Rauf al-Singkeli.

Karyanya, Turjuman al-Mustafid yang menjadi indikator pencapaian awal apabila murid beliau iaitu Syeikh Abdul Malik yang dikenali sebagai Tok Pulau Manis.

Beliau menyalin dan mengajarkan kitab tersebut di Malaysia pada abad 18 Masihi. Pada tahun 1929, kemunculan Tafsir Nur al-Ihsan oleh Muhammad Sa’id Bin Umar menjadi titik perubahan bagi sejarah tafsir di negara ini.

Hal ini kerana, usaha beliau ini dijejaki oleh beberapa ulama lain yang menterjemahkan kitab bahasa Arab ke bahasa Melayu.

Selain itu, tokoh lain yang dikaitkan dengan penterjemahan Al-Quran di Malaysia ialah Muhammad Ma’adah bin Layang, ulama Negeri Sembilan.

Beliau menggunakan kaedah penterjemahan harfiyyah dalam pengajian tafsir Al-Quran dan mengajar kaedah ini supaya penuntutnya di madrasah mudah untuk menguasai ilmu Al-Quran.

Di samping itu, muridnya iaitu Hashim Abdul Ghani telah menghasilkan terjemahan harfiyah yang lengkap 30 juzuk Al-Quran.

Kini, Al-Quran tafsir tampil dengan lebih mudah Tafsir Pimpinan Ar-Rahman, tafsir al-Quran yang mudah dibaca, tepat dengan bahasa Melayu standard.

Kitab TPR ialah karya terjemahan Almarhum Sheikh Abdullah bin Muhammad Basmeih, tokoh ulama kelahiran Ma’abdah, Mekah yang berhijrah ke Malaysia pada tahun 1927.

JAKIM telah mengambil inisiatif untuk memberikan nafas baharu kepada versi asal supaya kandungan terjemahannya mudah difahami, lebih tepat dan bersesuaian dengan laras bahasa generasi kini.

Dengan itu, Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran Edisi Rumi Baharu yang lengkap 30 juzuk berjaya diterbitkan pada bulan Mei 2022.

Dari sudut pandang yang lain, reka bentuk dan reka letak menarik diletakkan dengan menerapkan unsur-unsur huruf Jawi dan tradisional Melayu. Pembaca akan lebih senang mentadabbur kerana saiz kitab lebih besar dan mesra pembaca.

Kesimpulannya tafsir Al-Quran ini adalah penting kerana ia membantu anda untuk meningkatkan kefahaman kita terhadap intipati yang ada dalam Al-Quran.

Oleh itu, anda perlu berhati-hati dalam memilih tafsir Al-Quran agar tidak terpesong dengan ilmu yang kurang tepat dan simpang daripada pendapat jumhur ulama.

Anda boleh mempelajari mengenai tafsir Al-Quran dengan lebih mendalam melalui pembacaan buku yang berjudul Mari Kenal Ilmu Tafsir dan Tafsir Pimpinan Ar-Rahman di Rimbunan Mall.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *