Setiap ibu bapa mesti risau dengan prestasi anak-anak dalam ujian Penilaian Kelas Kafa UPKK. Tambahan pula anak-anak perlu belajar di samping pelajaran arus perdana.
Di waktu pagi, anak-anak perlu fokus pelajaran arus perdana, dan di waktu petang pula kelas pengajian KAFA. Jika tidak betul-betul mengimbangi kedua-dua pelajaran, prestasi pelajaran mesti terganggu.
Dalam artikel ini, kami akan berkongsi 5 tip berguna sebelum ujian penilaian kelas kafa UPKK berlangsung tak lama lagi.
Apa Itu UPKK?
UPKK atau nama panjangnya Ujian Penilaian Kelas KAFA yang bertujuan untuk menilai murid-murid di tahun 5 tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan subjek yang mereka pelajari.
Antara subjek yang terlibat di dalam peperiksaan UPKK ialah:
- Amali Solat
- Penghayatan cara hidup Islam (PCHI)
- Tilawah Al-Quran
- Pembelajaran Jawi dan Khat
- Sirah
- Ulum Syariah (Ibadah & Aqidah)
- Adab (Akhlak)
- Lughah Al-Quran
Di dalam UPKK, mereka akan menghadapi beberapa jenis penilaian yang berbentuk:
Bentuk Lisan: Al-Quran
Bentuk Amali: Amali Solat
Bentuk Lisan & Pemerhatian: Penghayatan Cara Hidup Islam
Bentuk Penulisan:
- Ulum Syariah (Aqidah & Ibadah)
- Sirah
- Adab (Akhlak)
- Jawi dan Khat
- Asas Lughatul Quran
5 Tips Yang Perlu Diamalkan untuk Anak-Anak yang Menjalani Ujian UPKK
- Menumpukan Perhatian
Dalam kesibukan mengulangkaji semua nota kelas KAFA, anak-anak jangan panik.
Jika panik berterusan, ditakuti anak-anak akan tidak fokus dalam ulangkaji dan lupa tentang topik-topik yang telah di ulangkaji.
- Susun Jadual Ulangkaji
Pastikan masa ulangkaji cukup sebelum menghadapi ujian penilaian UPKK.
Justeru, susun jadual ulangkaji yang bersesuaian selari dengan tarikh-tarikh penting ujian penilaian UPKK.
- Mengulangkaji Topik-topik Penting
Ulangkaji membolehkan calon mengingati pelajaran yang lalu.
Oleh itu, disarankan calon mengulang kaji teutamanya topik-topik penting yang guru katakan.
Berlatih menjawab topik-topik penting ini melalui latihan supaya calon selesa menjawab mengikut standard soalan yang mungkin akan keluar dalam ujian penilaian UPKK nanti.
- Buat Peta Minda dan Carta Alir
Semua murid suka pada bahan atau alat bantu visual. Ia sangat membantu apabila menyemak semula topik-topik yang hendak diulang kaji.
Apabila hampir dengan peperiksaan, cuba letakkan nota semakan anda ke dalam rajah satu muka surat. Buatkan gambar rajah atau carta alir dalam format ringkas.
- Lihat Semula Koleksi Soalan UPKK Yang Lepas
Untuk membiasakan calon dengan soalan-soalan UPKK, calon boleh mengulangkaji dengan guru KAFA mengenai soalan-soalan UPKK yang lepas.
Dengan menggunakan kaedah ini, calon akan tahu soalan apa yang susah atau senang untuk dijawab seterusnya mengetahui kelemahan dan kelebihan masing.
Mereka boleh mengulang kaji seterusnya lebih bersedia dan yakin menjawab nanti.
Buku Rujukan UPKK di Rimbunan Mall
- Kitab Tauhid Darjah 5 Negeri Johor
Tauhid merupakan salah satu subjek yang dipelajari dan dihadapi semasa peperiksaan UPKK.
Buku ini adalah buku teks yang boleh digunakan sebagai panduan tambahan bagi anak anda.
Pemilihan buku perlulah menepati sukatan kurikulum standard sekolah yang telah ditetapkan.
Seperti buku Kitab Tauhid Darjah 5 diatas, buku ini lengkap dengan sukatan kurikulum standard sekolah Agama bagi Negeri Johor.
- Latih Tubi UPKK 5 in 1
Latihan Tubi UPKK merangkumi latih tubi set sebanyak 5 subjek iaitu:
- Al-Quran
- Akidah & Ibadah
- Jawi
- Sirah
- Adab & Akhlak
Buku ini menjadi pilihan utama kepada calon-calon yang akan menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA.
Ini kerana kandungan buku ini disusun untuk membantu murid-murid membuat persiapan yang mencukupi.
Berbekalkan 5 set koleksi kertas model UPKK beserta jawapan dengan bentuk soalan yang mirip seperti UPKK sebenar, sudah tentu buku ini sangat menarik!
Buku latih tubi ini juga sering diguna pakai di sekolah-sekolah berprestasi tinggi.
- Nota Menggapai 8A
Berdasarkan kurikulum kelas Al-Quran dan Fardu Ain, buku ini mempunyai silibus dan aktiviti yang lengkap untuk keperluan murid-murid.
Bukan sahaja nota, buku ini dilengkapi dengan kertas model UPKK yang melengkapkan lagi kefahaman.
Kesimpulannya, dengan kaedah atau cara persediaan sebelum penilaian bermula, insyaallah dengan izin-Nya, anak-anak boleh menjawab ke semua soalan dalam kertas ujian kelak.
UPKK bertujuan sebagai pengukuhan ilmu Islam terhadap anak-anak muda untuk sentiasa mengingati perkara-perkara agama.
Untuk yang mencari buku latihan ujian Penilaian UPKK, boleh layari website Rimbunan Mall.
Di Rimbunan Mall, kami menyediakan buku khas untuk calon-calon ujian penilaian UPKK yang mahu mengasah minda dan kefahaman pelajaran KAFA sebelum menduduki UPKK.
Setiap pembelian, buku latih tubi UPKK datang dengan 5 buku dalam satu set iaitu, Adab dan Akhlak Islamiyah, Akidah dan Ibadah, Sirah Rasulullah, Lughatul al-Quran dan Jawi.
Apa yang istimewa dalam set ini, soalan-soalan latihan mirip dengan standard soalan UPKK! Anak-anak akan senang menjawab nanti.
Apa tunggu lagi, layari laman web Rimbunan Mall untuk pembelian sekarang.