Cerita Sang Lomri
Cerita Sang Lomri
Di alam mergastua, ada sebuah kerajaan dengan singa sebagai rajanya. Semua binatang patuh kepada Raja Singa. Apa sahaja yang diperintahkan oleh Raja Singa akan dituruti oleh semua binatang. Jika ada binatang yang ingkar, bentara tidak akan teragak-agak untuk melaksanakan hukuman yang dijatuhkan oleh Raja Singa.
Di dalam kerajaan binatang itu juga ada seekor binatang iaitu Sang Lomri yang dikatakan kerap mengingkari perintah Raja Singa Lomri iaitu rubah adalah seekor binatang yang kecil tetapi mempunyal. akal yang sangat panjang." Tiada binatang yang lebih cerdik daripadanya di hutan itu. Walaupun begitu kebanyakan binatang tidak suka kepada rubah kerana resminya yang dikatakan kerap menganiayai binatang lain.
Binatang-binatang yang teraniaya telah membuat pengaduan kepada Raja Singa. Sang Lomri dipanggil untuk dibicarakan di Balai Penghadapan Raja Singa. Jika Sang Lomri tidak hadir, seluruh angkatan Raja Singa akan menyerang Kota Sarang Sirat, kediaman Sang Lomri dan keluarganya. Bagaimanakah Sang Lomri menghadapi Raja Singa? Mampukah Sang Lomri menggunakan akalnya untuk menyelamatkan diri.
Nikmatilah sebuah karya klasik yang telah diolah semula yang penuh dengan pengalaman di alam mergastua yang menyeronokkan.
100 in stock
Couldn't load pickup availability
Share
