Seronoknya Bercerita Bersama Ishak Hamzah
Seronoknya Bercerita Bersama Ishak Hamzah
SERONOKNYA BERCERITA menghimpunkan 22 buah cerita yang dipaparkan dalam tiga bentuk
iaitu cerita dalam bentuk pantun, cerita berperibahasa dan cerita yang berkonsepkan kecerdikan. Melalui cerita berpantun, kanak-kanak bukan sahaja akan menikmati sesebuah cerita malah menikmati pantun-pantun yang dihidangkan.
Pantun-pantun ini adalah mudah dan menyeronokkan apabila dibacakan.
Cerita berperibahasa pula memaparkan pengajaran pada akhir cerita
dalam bentuk pantun. Kanak-kanak akan lebih mudah memahami maksud cerita apabila penutup cerita dikaitkan dengan peribahasa. Cerita tentang kebijaksanaan pula bukan sahaja menghidangkan kisah-kisah mudah untuk bacaan malah setiap cerita ini menyelitkan unsur kecerdikan dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
Paparan cerita dengan grafik yang istimewa dalam buku ini
menjadikan buku ini bukan sahaja bacaan menarik untuk kanak-kanak, malah juga buku yang wajar disimpan di rak buku mahupun buku hadiah istimewa untuk kanak-kanak. Selain sesuai untuk kanak-kanak di peringkat rendah bawah, buku ini sesuai untuk perkongsiaan kanak-kanak rendah atas. Dengan cerita yang mudah serta menyeronokkan apabila dibaca serta paparan reka bentuk yang menarik, menjadikan buku ini Seronoknya Membaca.
100 in stock
Couldn't load pickup availability
Share
